skar.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skar@zoom-a.com
| SELAMAT DATANG KE SK ARA RENDANG | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled | Untitled | tryweb | Untitled | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH

Tahun 1883 adalah detik permulaan yg bersejarah bagi penduduk kawasan Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada tahun tersebut SK. Ara Rendang didirikan.

Pada awalnya Kampung Pokok Sena bersempadan dengan sebidang ladang kepunyaan Saudagar Cina yang tinggal di Pulau Pinang.

Pada waktu itu, terdapat sepohon pokok ara yang besar dan rendang berhampiran pusat pentadbiran ladang itu. Lantaran itu pihak ladang memberi nama ladang tersebut Ara Rendang Estet. Nama Ara Rendang terus digezetkan sebagai nama kawasan itu.

Apabila sekolah siap dibina, pihak berkuasa terus menamakan sekolah ini dengan nama SK. Ara Rendang.

 SK. Ara Rendang terletak kira-kira 500m dari pekan Kepala Batas. Bilangan murid-murid pada tahun mula dibuka ialah seramai 35 orang sahaja. Kesemua mereka adalah lelaki.

Pada tahun 1932, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan. Bahagian bawah bangunan ini pernah dijadikan tempat kediaman keluarga India pada masa pemerintahan Jepun tahun 40an.

Pada 01 Januari 1988 sekolah ini telah diberi taraf gred A. Kini tahun 2005 SK Ara Rendang telah mempunyai 5 blok bangunan, sebuah makmal komputer dan sebuah surau. Ianya dapat menampung murid-murid dari kawasan Taman Koskam, Pongsu Seribu, Permatang Kerai Besar dan Kecil, Kampung Baru dan Permatang Indah.











Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: